“Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya…”
Gara-gara memuat naik komen berunsur tuduhan terhadap kehilangan Ustazah Nur Farhana, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dikecam netizen.
Menerusi artikel pada laman portal Harian Metro, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Raheimi Saad telah memuat naik komen menuduh Ustazah Nur Farhana melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki lain, selepas laporan penemuan guru pendidikan Islam itu yang mendakwa dirinya menginap di sebuah surau sepanjang kehilangannya.
Mmg kuag ajar mulut ko eh…😠😠😠 pic.twitter.com/q2ckO2j61A— luqman hakim (@luqman5335) January 17, 2019
Individu itu telah melemparkan tuduhan mendakwa guru tersebut hanyalah sekadar berpura-pura mengalami depresi, sedangkan dia melakukan hubungan dengan lelaki lain.
Berikutan itu, netizen telah menyerang akaun Facebook individu tersebut memohon supaya permohonan maaf dilakukannya.


Selepas dikecam netizen kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, Raheimi Saad dalam muat naik status di Facebook telah memohon maaf kepada netizen atas perbuatan biadapnya.
Dia mendakwa ketika menulis komen tersebut, dirinya berada dalam keadaan tekanan jiwa dan telah bertindak secara melulu apabila mengeluarkan kenyataan.
Raheimi Saad juga ingin berjumpa Ustazah Nur Farhana dan keluarga untuk memohon maaf.
Selepas memuat naik kenyataan permohon maaf, netizen telah menasihati Raheimi Saad supaya tidak mengulangi kembali kesalahan tersebut


Sumber : Facebook Raheimi Saad, Twitter Luqman Hakim
sumber : ohmymedia.cc