Selepas takhta kejuaraan Hanneesya Hanne dalam Dewi Remaja ditarik balik, isu tersebut telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Namun apa yang menarik perhatian adalah video sedutan rancangan Meletop yang berdurasi 32 saat, semasa peserta finalis Dewi Remaja hadir di rancangan tersebut.
Menerusi slot temubual bersama para finalis pertandingan, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad telah berseloroh mengenai penerimaan peserta, jika salah seorang daripada mereka diangkat menjadi juara.
Dalam sesi temubual tersebut, Nabil ada membuat spekulasi bahawa adakah bakal wujud peserta yang akan menjatuhkan pesaingnya jika kalah, menerusi penyebaran video atau gambar.
Soalan daripada Nabil telah dijawab oleh Haneesya bahawa mereka sebagai peserta sudah berjanji tidak akan mengkhianati antara satu sama lain.
Tidak sampai 72 jam memegang gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019, mahkota milik Haneesya Hanee telah ditarik balik, akibat penularan videonya dan dua lagi peserta Dewi Remaja sedang leka meneguk arak di sebuah kelab malam.
Menerusi penularan video terserbut, nama Anna Jobling yang juga merupakan finalis Dewi Remaja telah dikaitkan sebagai dalang kepada penyebaran video itu.
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Nabil Ahmad di rancangan Meletop.
Mereka juga mendakwa, kemungkinan kenyataan spontan daripada Nabil seolah-olah seperti sudah dijangka olehnya.
sumber : ohmymedia.cc