Baru-baru ni, bapa kepada seorang anggota tentera bengang lepas kaki anaknya melecur teruk akibat direndam air panas. Menurut Harian Metro, jurulatih dan senior di kem tentera tu dah paksa mangsa rendam kaki dalam air panas kononnya untuk ubati penyakit cagu. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Disebabkan kecederaan serius dialami anaknya, bapa mangsa, Syed Mohd Nadzri Abd Jakil, 44, mahu mangsa tamatkan perkhidmatan dalam tentera. Kaki anaknya, Syed Mohamad Naim, 20 tu dilaporkan melecur 20% dan kejadian tu memang berlaku dalam kem tentera!
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
"Saya nak keluarkan anak saya dari tentera, walaupun dia masih ada hati untuk terus berkhidmat namun saya kalau boleh memang tidak mahu lagi dia berkhidmat sebagai anggota tentera jika begini dia diperlakukan.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀
"Laporan polis juga sudah dibuat dan saya juga melantik peguam kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap anak saya," kata Syed Mohd Nazri.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Mengimbau apa yang berlaku pada 14 Ogos lalu, mangsa yang baru 7 bulan bertugas di kem terbabit telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat alami lecur teruk dan kulit kaki menggelupas serta tertanggal selepas direndam dalam baldi yang mengandungi air panas bercampur garam.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
"Anak saya pada mulanya tidak mahu memberitahu apa yang berlaku kepadanya sehingga saya memaksanya dan akhirnya dua minggu selepas kejadian baru dia memberitahu diperlakukan seperti itu," kata bapa mangsa.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Macam manapun, mangsa dah pun jalani pembedahan sebanyak 2 kali dan terpaksa tinggal kat wad lebih lama untuk jalani rawatan fisioterapi supaya boleh berjalan.